Funfly demostration at Rembau......another way of enjoying Radio Hobby.....Radio Control. The flown Model is Knight 50......Full Throtle all the way in doing acrobatic action.
Bagai sudah menjadi tradisi, aktiviti menaikkan base antenna pasti akan disertai oleh sebilangan besar warga hams sejak dahulu lagi. Suatu ketika dahulu, sekitar tahun 2005, dimana waktu itu bilangan operator amatur masih lagi boleh bilang dengan jari, aktiviti menaikkan base antenna di rumah Tn. Hj Hamidon (9W2HBA) dipaka telah dibantu oleh sahabat ham dari Kuantan iaitu Sdr. Azam (9W2WWW), Sdr. Radzi (9W2MRS) dan Sdr. Wan (9W2PDB). Semangat bergotong royong bgini bukan sahaja mampu mengeratkan ukhwah, malah ia mampu memberi satu kepuasan....sebaik sahaja apa yang diusahakan berjaya dilaksanakan sepenuhnya.
Hari ini, sekali lagi semangat sebegini dapat dirasai. Kali ini, aktiviti gotong-royong telah dijalankan dirumah Pak Su Ali (9W2PSL). Aktiviti ini telah disertai seramai 12 org sahabat hams sekitar Dungun,Paka dan Kerteh. Aktiviti bermula selepas solat asar dan berakhir menjelang jam 7.00 petang. Bukan sekadar kepuasan setelah kerja-kerja berjaya dilaksanakan sepenuhnya, malah juadah yang disediakan juga tidak kurang hebatnya....pulut durian berserta sirap ros wangi...hmmm.....Alhamdulilah, bukan senang mencari peluang untuk makan sambil bersila, bersama sahabat-sahabat.
InsyaAllah semangat ini dapat kita kekalkan dimasa-masa yang akan datang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.......seperti kata iringan yang selalu digunakan oleh 9W2PLB....TOGETHER AS ONE!
Kerja2 menaik taraf pancar ulang 9M4RBT telah dijalankan pada 16/5/2007 lepas. Antara yang hadir menjayakan sessi gotong royong ini ialah 9W2HBA, 9W2AWG, 9W2PIN, 9W2PSL, 9W2ASI,9W2CNL,9W2SLI dan beberapa rakan hams serta SWL yang lain. Pendakian ke puncak bauk dimulakan sekitar jam 10.00 pagi dengan menggunakan tiga buah kenderaan pancuan 4 roda, ehsan daripada Kelab Lang Adventure team, turut digunakan ialah sebuah lori 1 tan, ehsan 9W2SLI bagi tujuan mengangkut peralatan kerja.
Tiga aktiviti utama berjaya dilaksanakan :-
1.Membina stesen solar kedua Stesen solar kedua dibina secara kaedah pasang-siap. Ia berada di ketinggian sekitar 20 kaki dari aras tanah, dan menampung 2 keping solar panel. Pancar ulang 9M4RBT kini beroperasi menggunakan dua buah bateri 'Industrial Rated', 6 V @ 100Ah, ehsan daripada 9W2AWG.Dijangkakan, dlm keadaan mendung tanpa sinar sang suria, 9M4RBT mampu beroperasi selama sebulan lebih tanpa sebarang masalah.
2.Penukaran Antenna Tx Setelah genap setahun berfungsi, maka antenna Tx 9M4RBT telah pun ditukarkan. Ini kerana, antenna lama dari model Diamond NR-22L Mobile whip telah pun mengalami kemerosotan prestasi. Antenna baru adalah base antenna dengan kekuatan 8 Db. Menurut 9W2HBA, kabel antenna juga perlu ditukar memandangkan kabel sedia ada telah mengalami proses Oksidasi, InsyaAllah, akan dilakukan didalam tempoh yang terdekat.
3.Pemasangan Tali susur Pemasangan tali susur bagi memudahkan pendakian mahupun penurunan ke lokasi pancar-ulang telah berjaya dilaksanakan. Projek ini adalah ehsan 9W2PSL, serta dibantu oleh sahabat2 dari Lang Adventure Team. Dengan adanya tali susur, proses pendakian atau penurunan lebih mudah dan selamat dilakukan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat2 yang bersama membantu menjayakan tiga projek di atas. Kerja2 selesai dijalankan tepat pada pukul 2.30 petang.
****RAE:16 DAYS FROM TODAY ***** Kelas ke 3 terakhir before RAE! Abe2 Nine Whiskey Two semuo dijemput hadir sama....give your support to our hams to be......
Participant will be given 50 questions to be answered within 1 hour. Next hour will be discussion on answera and related input for the given question. Everybody are summoned to be participate. Fly high with ACES!!!
Asyik dok citer pasal radio jah dok jadi gok....Jom berdikir sekali, sape rasa dia nok nyanyi...lirik disediakan tok soh gusar lah, silake......Terjumpa kat dungun.blogspot
Hams from India.....brief about what happened during the last tsunami disaster and what they did....to save life.......where amateur communication came in place for linkage, logistic arrangement and so forth......who is amateur??? Person who have marvellous spirit, and always everywhere to give hands...for those who in-needs....enjoy.
a humorous certificate of
notice to all visitors to an amateur or ham radio shack.
NOTICE TO ALL VISITORS
What you are about to witness is an Amateur Radio Station licensed to
Angah bin Along (No. 1214021) as 9W2??? by the Malaysia Commission Of Multimedia Communication
BEFORE YOU ASK THE QUESTIONS
- HERE ARE THE ANSWERS
1. The total cost of this equipment
cannot be discussed here as it creates many complicated and varied marital
conflicts!.
2. No, we cannot send a message to
your brother in Amsterdam, Berlin, London, Los Angeles or Hong Kong - I
suggest you use Celcom, Digi, Maxis or another telephone carrier for that purpose.
3. This is strictly my hobby. I have
neither the facilities nor the time or inclination to want to fool around
with fixing your Toaster, Clock Radio, Electric Kettle, Video Recorder,
TV set, Car Stereo or hi-fi - I suggest you see a local serviceman.
4. Yes, all those antennas in the backyard are
essential to the proper operation of all this equipment.
5. The farthest station I have contacted
has been in the Ubangiland Islands off the coast of Southern
Kowawowwow.
6. The cards on the wall are called QSL cards.
They are confirmation of contacts made with other stations throughout the
world without my having to resort to using the facilities of, or incurring
the cost of Celcom,Maxis Digi or any other telephone carrier.
7. Yes this station is fully Y2K compliant as well
as up to full international standards in all respects - for the simple
reason I designed, programmed and built it all by myself.
8. Accordingly, it is a technical IMPOSSIBILITY
for this station's very complicated equipment to interfere with computers,
video games, vcrs, television reception, washing machines, hearing aids,
pacemakers, telephone or stereo systems.
9. Any interference problems of that nature are
strictly caused by very obvious design flaws in the home entertainment
devices or the appliance itself.
10. Curing arthritis might be a definite maybe.
Then again maybe not.
11. An Amateur Radio Station may only be
operated by a highly qualified, technically skilled electronics expert.
12. It takes absolute dedication, training, intelligence,
as well as years of schooling to reach the level of competence that
justifies one to be licensed by our Malaysian government.
13. Therefore it is not considered inappropriate
to show proper awe, respect and general obsequiousness when I discuss
my hobby or operate the numerous, yet complicated controls
FURTHERMORE
If you are granted the extreme honour of being invited to speak into
the microphone, please observe the following rules:
1. Speak in a low and soothing tone.
2. Do not disagree with me in any manner
what-so-ever.
3. Say no bad words and tell no off colour
jokes.
4. It is customary for the guest to make
complimentary remarks
about this station and it's licensed operator when talking to other
hams on the air.
5. Do not turn at me or even ask me anything if your heard someone said this over the air “Yesterday, my XYL said she’d leave me if I didn’t give up ham radio. Over.”
DO NOT
TOUCH ANYTHING! TURN ANY KNOBS! SIT ON THE EQUIPMENT!
I HAVE LOST SEVERAL VISITORS
BY ELECTROCUTION IN THE PAST FEW MONTHS.
This is the latest promotional video produced by the ARRL on Amateur Radio. It's a 4 minute video that ties directly into the "Hello..." campaign.(See The campaign Sticker at the back of 9W2HBA's car!!)
Alhamdulilah, projek komuniti PAC dalam menyiapkan taman refleksiologi untuk pelajar istimewa Sekolah Menengah Sultan Omar, dapat dilaksanakan dengan jayanya. Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Petronas Gas Berhad yang disalurkan melalui Petronas Adventure Club sesungguhnya dapat memberi manafaat sepenuhnya kepada kumpulan pelajar terbabit yang mana, terapi refleksiologi merupakan salah satu terapi yang mampu memberi perkembangan yang positif terutamanya dalam menigkatkan fungsi neuro-motor pelajar.
Para guru SMSO juga turut terlibat memberi bantuan tenaga kerja dan peralatan dalam menjayakan projek ini. Setinggi tahniah diucapkan kepada rakan-rakan di PAC, satu lagi sejarah telah berjaya dicatatkan oleh mereka. Dengan adanya taman ini, maka berakhirlah penantian selama hampir 2 tahun dan bermulalah terapi refleksiologi di sekolah ini khas untuk mereka yang amat memerlukan.
A very short video/audio re-play of the communication on going between 9W2POD and 9W2AWG, dated 26/1/07 at 1551 Hours happened at 147.000 Mhz....... This re-play is simply dedicated to any new wireless operator to be....
Download this and other original video files with Multiply Premium.
Keprihatinan, kepekaan dan yang paling utama kesanggupan sahabat-sahabat daripada Petronas Adventure Club, Petronas Gas Berhad (POD) dalam menjayakan projek komuniti di sekitar negeri Terengganu amatlah dihargai. Sumbangan yang di berikan sedikit sebanyak memberi impak yang amat positif dan mampu mengukir senyuman kepada yang memerlukan. Pengerusi Kelab ini iaitu Sdr. Ag. Zulkarenain (9W2AWG) berkata, PAC merupakan sebuah kelab yang baru sahaja ditubuhkan dan dianggotai oleh warga kerja kumpulan Petronas.Disamping mengadakan aktiviti-aktiviti 'adventure', PAC juga menitik beratkan unsur kemasyarakatan seperti melaksanakan kerja-kerja komuniti seperti gotong-royong membersihkan kawasan pantai, membaik pulih bangunan kegunaan awam dikawasan pedalaman seperti surau dan sebagainya.
Terbaru, PAC mengadakan projek komuniti menyiapkan taman terapi refleksiologi di Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun bagi tujuan terapi untuk pelajar istimewa disekolah itu. Turut bersama turun ke padang ialah Penasihat kelab, En Saberi Ahmad ( Senior Manager PGB), Pengerusi Kelab Sdr. Ag. Zulkarenain(9W2AWG), Timb. Pengerusi Sdr. Zakariah, Setiausaha Kelab Sdr.Azmi Mohd (9W2POD) Timb. Setiusaha Sdr. Zulkifli Ismail (9W2ZBI) serta ahli-ahli PAC yang lain.
Pembinaan taman tersebut masih lagi berlangsung, dan majlis penyerahan rasmi akan diadakan tidak lama lagi.
Gotong-royong sahabat hams' menaik taraf Solar Panel dibukit Bauk untuk 9M4RBT. Alhamdulilah, hasil usaha ini telah berjaya melicinkan perjalanan pancar-ulang sehingga ke hari ini. Syabas diucapkan kepada semua, semoga kerjasama erat ini dapat dikekalkan dengan suasana yang penuh muhibah. Terima Kasih kepada semua -Photo by 9W2SMA
Sekitar Bengkel RAE Sessi III di Politeknik Dungun
Alhamdulilah,bengkel RAE yang berlangsung utk kali yang ketiga ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Kehadiran yang dicatatkan adalah 35 orang. Turut serta bersama hadir ke bengkel ialah sahabat hams' sekitar Dungun-Paka-Kerteh yang tidak putus memberi sokongan padu dalam aktiviti ini.
Bengkel dikendalikan secara bersama oleh Tn. Hj Hamidon (9W2HBA) dan Sdr. Azizan (9W2ZAZ) dan untuk kali ini Sdr. Ag Zulkarenain (9W2AWG) tidak dapat hadir untuk mengelolakan bengkel kerana bertugas di luar kawasan.
Di akhir majlis, 9M2CIA telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata untuk dikongsi bersama dengan hadirin, jutaan terima kasih diucapkan, semoga kata-kata perangsang beliau mampu memberi semangat kepada calon-calon RAE. Kehadiran dua sahabat hams, iaitu Sdr. Lokmal (9M2CIA) serta Sdr. Fauzi (9W2PJI) memeriahkan lagi suasana.
Lokasi : Wisma Daruliman, Kuala Terengganu Ujian untuk mencari kemungkinan yang ada bagi membolehkan 'linking' di antara Kuala Terengganu terus ke Bukit Genting, Genting Highland, Pahang dapat dibuat.-Photo by 9M2-PA3FRI